03. MENGENAL PASTI CIRI-CIRI PENASIHATAN, BIMBINGAN DAN MENTORING

CIRI-CIRI PENASIHATAN, BIMBINGAN DAN MENTORING

1. Ciri-ciri Penasihatan

·         Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi oleh seseorang daripada menumpuhkan diri sendri kepada individu yang bermasalah.

·         Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti bermaksud orang yang lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan mempunyai pengiktirafan.

·         Memberi nasihat adalah keadeh yang paling tepat untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh seseorang.

2. Ciri-ciri Bimbingan

*      Menurut Muhamad Mansur Abdullah & Siti Nordiana Mohd Tamin (2010)

·         Membimbing adalah proses membantu dalam bentuk individu ataupun kumpulan.

·         Bersifat dipantau secara berterusan dalam tempoh yang lama dan mempunyai arah tujuan.

·         Bimbingan adalah untuk semua murid iaitu untuk perkembangan diri mereka.

·         Fokus utama bimbingan adalah mencegah masalah sementara ia masih boleh dikawal.

·         Guru bimbingan perlu bertingkah laku professional untuk mengelakkan hubungan yang tidak sihat.

 

*      Menurut Salahudin (2010)

·         Menolong pelajar yang bermasalah dalam akademik.

·         Memberi nasihat kepada pelajar yang berhenti sekolah.

·         Berusaha memberi pendidikan yang sesuai dengan minat dan kemahiran pelajar.

·         Menunjukkan jalan petunjuk kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran.

3. Ciri-ciri Mentoring

·         Hubungan yang berterusan yang boleh dikekalkan untuk suatu tempoh masa yang panjang.

·         Boleh menjadi lebih informal dan perjumpaan boleh berlaku apabila mentee memerlukan beberapa nasihat, bimbingan atau sokongan daripada mentor.

·         Jangka masa mentoring adalah lebih panjang dan mentee akan menerima pendapat mentor dengan lebih luas.

·         Mentor biasanya adalah lebih berpengalaman dan berkelayakan daripada mentee.

·         Fokus utama mentoring ialah pada kerjaya dan perkembangan peribadi mentee.

·         Mentoring akan membimbing mentee untuk menyelasaikan masalah berkaitan dengan mentee.

 

KEPENTINGAN PENGURUSAN PENASIHATAN MURID KEPADA PELAJAR

1.      Mengatasi Kemerosotan Akademik

·         Guru perlu lihat kemerosotan disiplin pelajar yang akan jejaskan persekitaran di sekolah dan perlu memberikan bimbingan kepada pelajar yang sewajarnya daripada pihak guru.

2.      Pencapaian Akademik

·         Ini kerana, apabila guru membimbing dan menasihati pelajar mereka, pelajar akan sentiasa sedar dan ingin mencapai pengetahuan dan tingkah laku yang menyumbang kepada aspek pembelajaran yang berkesan.

·         Pelajar perlukan bimbingan untuk memenuhi perancangan pendidikan dan kehendak akademik di sekolah.

3.      Psikososial

·         Pelajar perlu dibantu dalam perkembangan sahsia perbadinya agar tidak terjerumus kepada perkara yang tidak sihat.

 

Comments